MENGAPA PERLU JUAL RUMAH?
Saya memahami apa yang pemilik rumah (owner) mahukan hanyalah dapat menjual rumah dengan segera dan prosesnya berjalan dengan lancar. Kata orang, cepat jual, cepat dapat duit!
Pelbagai tujuan owner ingin menjual rumah mereka, ingin membeli rumah lain yang lebih menarik, telah berpindah tempat kerja dan rumah yang ingin dijual berada jauh, susah untuk dipantau. Ada juga yang merasakan pelaburan pada rumah tersebut telah matang dan ingin menikmati untung kenaikan harga rumah tersebut.
Tidak kurang juga owner yang tersilap dalam pelaburan hartanah, rumah sudah lama tiada penyewa, ada penyewa pun banyak masalahnya, ansuran bank masih perlu dibayar. Ada juga yang telah dibuang kerja, perlukan modal untuk terus hidup, untuk mula berniaga dan sebagainya. Malah ada pasangan yang telah bercerai, rumah tersebut hanya ingin dijual dan pembahagian hasil jualan diselesaikan dengan sempurna.
Pelbagai kes telah saya jumpa sepanjang menjadi Ejen Hartanah. Apa pun sebab dan tujuannya, semuanya diuruskan dengan professional. Apa yang penting, rumah dapat dijual dan owner dapat mencapai tujuan yang diharapkan.
MENGAPA PERLU MELANTIK / MENGGUNAKAN EJEN HARTANAH?
Prosedur menjual sesuatu hartanah adalah suatu proses panjang, rumit, dan melibatkan banyak pihak. Benar, anda boleh menjual sendiri tanpa ejen. Namun banyak berlaku, rumah bertahun dalam proses jualan tanpa jalan penyelesaian akhirnya merugikan owner itu sendiri. Jangan jadikan pengalaman menjual rumah anda suatu mimpi ngeri!
Berikut antara 10 sebab mengapa menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar lebih untung.
- Ejen Hartanah Berdaftar, Profesional & Kompeten
Ejen Hartanah Berdaftar bermaksud telah lulus dan di iktiraf oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH). Kami mendapat latihan secukupnya untuk mengurus prosedur yang terlibat secara kompeten. Kami juga terikat pada standard, peraturan dan etika dalam proses jual beli hartanah yang telah ditetapkan oleh badan berwajib – Jadi, sebagai ejen berdaftar, saya boleh dikenakan tindakan sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan. Lebih selamat kan?
- Proses & Transaksi Lebih Selamat
Sebagai ejen berdaftar, setiap proses dan transaksi terlibat perlulah menggunakan dokumen standard yang telah disediakan oleh agensi. Perjanjian setuju beli oleh pembeli, resit pembayaran deposit dan lain-lain dokumen rasmi dan sah digunakan. Contohnya setelah menandatangani perjanjian setuju beli, pihak pembeli tidak boleh membatalkan hasrat beli tanpa sebab munasabah atau deposit mereka boleh hangus mengikut terma perjanjian. Lebih telus dan selamat kan?
- Ejen Hartanah Sebagai Penasihat Peribadi
Ejen Hartanah berpengalaman lebih mengetahui tentang harga semasa dan potensi hartanah di suatu kawasan kerana telah menguruskan banyak jualan rumah di kawasan tersebut. Sebagai ejen anda, saya boleh memberi khidmat nasihat percuma berkenaan potensi hartanah anda dan harga semasa yang optimum. Segala persoalan sepanjang proses juga anda boleh sentiasa bertanya. Free sahaja walaupun rumah belum terjual, untung kan?
- Proses Lebih Lancar
Setelah lama dalam bidang dan inilah kerja harian kami, ejen hartanah mempunyai networking kenalan pihak bank, peguam dan agensi yang terlibat. Contohnya sesetengah bank lebih suka beri pinjaman pada hartanah tertentu, sesetengah valuer memberi nilaian hartanah lebih munasabah dan sesetengah peguam lebih cepat kerjanya berbanding peguam lain. Kami telah ada panel yang dipercayai untuk memastikan proses jualan selesai dengan lancar. Tak perlu lagi anda cuba-cuba dan tersalah memilih!
- Ejen Mewakili Kedua Pihak Penjual dan Pembeli
Sebagai pemudah cara, saya bukan sahaja menyelesaikan proses pada pihak penjual, malah turut menyelesaikan semua proses terlibat di pihak pembeli. Untuk pembeli membuat permohonan loan yang berjaya contohnya, saya akan bantu proses loan pembeli tersebut sehingga berjaya. Saya juga menjadi pengantara bersifat neutral untuk mencapai persetujuan terbaik antara penjual dan pembeli. Ini membolehkan proses jual beli berjalan dengan lebih cepat dan lancar!
- Jimat Kos Pengiklanan
Untuk menjual dengan lebih cepat, pastilah memerlukan pengiklanan yang banyak dan meluas. Ruang iklan online mahupun offline, bukanlah murah harganya. Lebih berkesan sesuatu medium pengiklanan, lebih mahal lah harganya. Namun yang menguntungkan anda adalah, semua kos iklan adalah ditanggung oleh ejen, sama ada rumah ada terjual atau tidak, saya akan tetap mengeluarkan kos tersebut bagi mempromosikan rumah anda. Anda jimat kan?
- Kemungkinan Dapat Jual Cepat Lebih Tinggi.
Selain menguasai medium pengiklanan yang luas, ejen berdaftar juga biasanya telah mempunyai senarai READY BUYER. Senarai Ready Buyer bermaksud bakal pembeli yang telah lama menghubungi ejen untuk membeli rumah tetapi masih belum jumpa rumah yang sesuai dengan kehendak dan bajet mereka. Sebagai ejen anda, saya terlebih dahulu terus cuba padankan senarai ready buyer yang sesuai dengan rumah yang anda ingin jual. Lebih cepat kan?
- Pembeli Lebih Yakin Membeli Dengan Ejen Hartanah Berdaftar
Tidak dinafikan, pembeli lebih yakin berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar dan peratusan penjualan berjaya melalui ejen adalah lebih tinggi. Ini kerana jualan hartanah melibatkan nilai ratusan ribu ringgit dan bayaran deposit dengan jumlah besar. Pembeli memerlukan jaminan, dokumen lengkap serta resit-resit rasmi yang diyakini sebelum melakukan pembelian. Ini yang saya akan sediakan!
- Anda Di Luar Kawasan
Jika anda dalam kategori ini, pastilah melantik ejen hartanah adalah terbaik. Perlu di ingat setiap pembeli serius pasti ingin datang ke rumah untuk melihat keadaan rumah sebelum bersetuju membeli. Ejen berpengalaman mempunyai kemahiran menapis pembeli tidak berpotensi dan menapis kelayakan loan pembeli tersebut sebelum dikategorikan sebagai pembeli serius dan membawa mereka melihat rumah. Tapi walau berapa kali pun saya bawa pembeli serius melihat rumah, owner tidak perlu keluar apa-apa kos selagi rumah tidak terjual. Best kan?
- Jimat Masa & Tak Perlu Pening Kepala
Ya dan yang paling penting, adalah saya akan menjimatkan masa anda. Anda tidak perlu pening lagi bagaimana mahu jual rumah anda. Hanya serahkan pada Ejen Hartanah dan tunggu sahaja rumah terjual, saya akan update setiap progress dari semasa ke semasa. Senang kan?
P/s: Anda juga boleh bertanya servis-servis lain sekiranya perlu membersihkan rumah, mesin rumput, mengecat atau membaiki rumah sebelum dijual supaya rumah lebih mudah terjual. Ini tertakluk kepada Kawasan rumah anda ya.
Oh, saya lupa satu lagi sebab penting, kos lantikan ejen boleh diserap ke dalam cukai RPGT. Jadi anda boleh jimat jika rumah yang anda nak jual tu dikenakan RPGT. Anda lantik ejen, tetapi dapat rebate cukai, untung kan?
LANTIK EJEN HARTANAH TANPA WAS-WAS SEKARANG
Dengan pelbagai kelebihan diatas pastilah anda telah yakin untuk melantik ejen bagi menjual hartanah anda. Tiada apa-apa kos bayaran atau upfront free diperlukan selagi rumah anda tidak terjual. Best kan? Bertindak terus sekarang!