TERIMA KASIH KERANA SUDI BERURUSAN DENGAN SAYA

TERUSKAN MENYELUSURI PAGE INI BAGI MENGENALI SIAPA SAYA

ATAU ANDA BOLEH KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TERUS MENGHUBUNGI SAYA 

NAK PILIH HARTANAH YANG SESUAI UNTUK DIRI SENDIRI DAN KELUARGA BUKANLAH SESUATU YANG MUDAH KERANA: -

  1. Banyak perkara yang perlu kita kaji dan kenalpasti sebelum boleh buat keputusan. Antaranya ialah lokasi hartanah, keluasannya, berapa bilik yang ada, fasiliti yang terdekat seperti sekolah, pasaraya, jalan akses, kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya. Semua ini perlu di ambil kira sebelum kita buat keputusan untuk membeli hartanah tersebut;                                                                                                                                                      
  2. Kita juga perlu ikut bajet yang bersesuaian dengan poket kita. Kalau harga terlalu tinggi, takut ianya akan membebankan kita dikemudian hari. Jadi, pilihlah hartanah yang sesuai mengikut bajet kita dulu;                                                                                                                
  3. Nak buat pinjaman dengan bank pon kadangkala merumitkan. Sebabnya, tak semua orang tahu dan faham prosedur yang bank tetapkan untuk membuat pinjaman perumahan;                                                                      
  4. Urusan jual-beli hartanah juga memerlukan dokumen yang lengkap dan urusan pindahmilik perlu dibuat mengikut proses yang sepatutnya. Oleh yang demikian, khidmat peguam diperlukan bagi melancarkan proses ini.  

Jangan risau.. saya boleh BANTU anda membuat keputusan yang tepat dalam pembelian hartanah pertama anda!

  1. Lokasi memang memainkan peranan yang penting kerana jika anda tersilap memilih lokasi hartanah, anda mungkin akan menghadapi masalah untuk menjalankan aktiviti harian anda. Dengan kepakakaran yang saya ada, saya boleh membantu anda memilih hartanah yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda serta keluarga.                                                                                 
  2. Tentang bajet, anda perlu faham bahawa setiap hartanah ada nilai pasaran (market value) yang tertentu. Bila memikirkan tentang nilai pasaran, kita perlu faham bahawa hartanah yang terletak di kawasan elit / dalam bandar lebih mahal jika dibandingkan dengan kawasan pinggir bandar. Yang penting, hartanah tersebut mestilah mempunyai jaringan akses terbaik, kemudahan awam yang teratur dan infrastruktur yang lengkap untuk memastikan keselesaan anda dan keluarga. Jadi, kalau bajet anda agak kecil, pilih lah kawasan pinggir bandar yang menepati kriteria tadi.                                                                                                                     
  3. Proses pinjaman bank sebenarnya tak susah jika kita tahu caranya. Biar saya bantu anda untuk uruskan pinjaman perumahan anda dengan pihak bank.                                                                     
  4. Tentang urusan jual-beli hartanah, anda tak perlu risau sebab saya adalah ejen hartanah yang berdaftar dengan badan profesional Ejen Hartanah Malaysia. Saya juga boleh bantu anda untuk uruskan dokumentasi Perjanjian Jual-Beli bersama peguam yang berpengalaman dalam bidang hartanah ini. Pendek kata, semua urusan dari A sampai Z untuk anda miliki hartanah idaman anda tadi boleh diuruskan oleh saya.

saksikan video ini..

Pemilihan Lokasi

Pilihlah lokasi yang sesuai dengan kehendak anda dan keluarga

Bajet Mesti Ngam

Kalau mahal sangat nanti tak mampu pulak nak beli. Jadi biarlah kita ukur baju di badan sendiri

Pinjaman Perumahan

Nak buat pinjaman perumahan tak susah sebenarnya.. Kalau tak tau, kami boleh bantu untuk uruskan dengan bank

Perjanjian Jual-Beli

Urusan dengan peguam hartanah pon tak susah. Kami juga boleh bantu untuk urusan tersebut

Kemudahan Akses

Penting untuk memiliki hartanah yang lengkap dengan fasiliti dan jaringan akses yang mudah

Perkhidmatan Efisien

Saya akan bantu anda dari mula membuat pemilihan sehinggalah anda mendapat kunci rumah anda

JOM BERURUSAN DENGAN saya Encik Khairi dari Jannah Impian Resources...

Hai Assalamualaikum Semua !
Saya Khairi Basri merupakan pakar hartanah anda yang berpengalaman lebih dari 10 tahun.

Saya telah berjaya memperluaskan empayar di serata Semenanjung Malaysia dan berjaya menjual lebih daripada 1000 unit selama 10 tahun.

Pilih je Hartanah Idaman Anda dan saya akan BANTU merealisasikan impian anda

Rumah Banglo

untuk anda yang berbajet besar, inginkan privasi dan memerlukan ruang yang lebih besar untuk keluarga yang ramai

Rumah Semi-D

Untuk anda yang impikan kehidupan yang lebih selesa dan gemar menghabiskan masa bersama keluarga

Rumah Teres

Bagi anda yang gemar tinggal di kawasan kejiranan “berlaman” dan perlukan ruang untuk keluarga sederhana besar

Kondominium

Untuk anda yang inginkan kehidupan yang lebih selamat (dengan kawalan sekuriti 24 jam) dan mempunyai fasiliti lengkap (swimming pool, gymnasium, gelanggang sukan, sauna dsb)

Apartment

untuk mereka yang baru memulakan kehidupan berumahtangga dan bagi mereka yang mempunyai keluarga kecil

BAYANGKAN.. ANDA DAPAT BERHARI RAYA DI RUMAH BARU ANDA TAHUN INI...

TAK PERLU BAYANGKAN LAGI KERANA INI MUNGKIN MENJADI KENYATAAN..!!

Sebahagian daripada Testimoni daripada mereka yang telah saya bantu...

En. Khairul

Pembeli

Saya sebagai buyer rumah di Taman Seri Wangsa 2,KDSK Seri Manjung sangat berpuas hati dengan servis Encik Khairi. Beliau adalah ejen yang memberikan "full commitment" kepada client beliau. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan beliau. Saya juga tidak akan teragak-agak untuk rekomen Encik Khairi kepada rakan-rakan saya.

Pn Hayati

Penjual & Landlord

Saya Nita. Saya telah melantik Encik Khairi sebagai ejen untuk menguruskan jual-beli rumah bapa saya di Taman Cantik , Pasir Panjang Seri Manjung. Encik Khairi telah banyak membantu dalam memastikan segala urusan berjalan dengan lancar. Rumah bapa saya dapat dijual kurang dari empat bulan. Beliau juga menguruskan rumah sewa ibu saya yang berdekatan dengan mendapatkan penyewa yang memenuhi kriteria yang saya tetapkan. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang Encik Khairi berikan.

Pn. Rohana

Penjual

Saya Rohana dari Seri Manjung. Saya telah melantik Encik Khairi untuk menjual rumah saya di Taman Seri lekir 2, Seri Manjung. Alhamdulillah beliau telah berjaya mendapat buyer untuk beli apartment saya dalam tempoh 6 bulan. Semua berjalan lancar dan saya menyerahkan segala urusan jual-beli kepada beliau. Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan beliau.

Anda dah bersedia untuk saya bantu?

Hubungi saya sekarang melalui whatsapp!

KLIK SAJA BUTANG DI BAWAH SEKARANG!