APA YANG EJEN HARTANAH PERLU TAHU UNTUK BERJAYA ADA DI DALAM BUKU INI

Ketahui RAHSIA bagaimana CIKGU JAMRUS, seorang Ejen Hartanah  dikurniakan REZEKI oleh Tuhan mendapat 50 listing dan 20 closing dalam sebulan melalui teknik “POWER CLOSING” yang beliau amalkan sejak 20 tahun dahulu.

"Carilah ilmu yang bermanfaat dengan cara berguru bersama orang yang berilmu. Dah dapat ilmu, gunakan dan amalkan ilmu tersebut dengan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Bila dah berjaya, jangan lupa untuk sebarluaskan ilmu tadi kepada mereka yang ingin mempelajarinya"

“Bumi Tuhan ni luas, begitu juga dengan pintu rezeki. Yang penting, kita berusaha untuk “BUKA PINTU REZEKI” tadi dengan pelbagai cara yang diredhoi oleh Nya”

-DMFK-  

Jom kita kenali CIKGU JAMRUS dengan lebih dekat..

Beliau lahir di Jelebu N.Sembilan pada tahun 1967. Adik beradik 8 org. Pada ketika itu ayahnya bekerja sebagai pemandu land rover Felda sebelum jadi peneroka Felda di Felda Sg Kemahal, Triang, Pahang

Beliau bersekolah menengah di Felda Bukit Mendi, Triang dari 1980 sehingga form 5 . Ketika di Lower 6 pada tahun 1985, beliau bersekolah di Sek. Men. Sulaiman, Bentong sebelum bertukar ke Sekolah Tengku Muhammad, Kuala Pilah pada tahun 1985 sehinggalah tamat STPM pada tahun 1986.

Beliau berpeluang melanjutkan Pelajaran di University Gajah Mada dlm bidang Arkeologi. Tapi, atas desakan hidup sebagai anak peneroka, beliau membatalkan hasrat dan menyorokkan surat tawaran itu dari keluarga.

Beliau mengambil keputusan untuk memasuki maktab perguruan yang bakal menjamin pekerjaan. 
Beliau berjaya mendapat tawaran di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan di Kuantan untuk sesi 87/89 dlm pengajian Melayu.

Setelah habis menamatkan pengajian di maktab, beliau dihantar mengajar di Sekolah Tanjung Bidara Melaka pada tahun 1989.

Beliau berkahwin dengan Pn. Noorhayati pada 20/5/1990 setelah menjual motorsikal Honda Rider. Dengan gaji sebanyak RM475 pada masa itu, tambahan pula isteri tidak bekerja memanglah susah.
Macam2 cara dilakukan untuk tambah income. Selepas waktu mengajar, Cikgu Jamrus menjual keropok, petai, cili api,pasu bunga dan macam2 lagi.

Tahun 1994, beliau menceburi bidang insurans bersama MAA Insurance. Hidup beliau telah berubah. Banyak kejayaan dicapai. Setiap tahun bertukar kereta, selalu ke luar negara, income banyak dan telah dinaikkan pangkat sebagai Agency Manager. Pernah mengetuai ejen insuran seramai 100 org di bawah agency nya.

Pada tahun 2000, beliau dinaikkan pangkat ke Agency Senior Manager. Beliau juga diberi office di MAA Melaka Raya. Di bawah beliau ada 5 org Unit Manager dan Ejen seramai 130 orang.

Dalam masa yang sama, beliau terus berkhidmat sebagai guru dan meneruskan pengajian dalam bidang psikologi dan komunikasi secara program jarak jauh di UKM pada tahun 1996.
Beliau berhenti menjadi guru pada tahun 2001 dan Sekolah terakhir yang beliau mengajar ialah di Kuala Sg. Baru, Melaka.

Tapi langit tidak selalu cerah, beliau mula hilang fokus dalam bidang insurans setelah diperdaya oleh rakan-rakan insuran nya untuk membuka Kolej MLVK di Taman Melaka Raya. Banyak duit dilaburkan tetapi keuntungan tiada sebab ditipu oleh rakan business partner. Komisen insuran terpaksa diguanakan untuk membayar segala hutang kolej.

Langit terus menjadi gelap, fokus dah hilang, ejen dan kawan2 mula melarikan diri. Hutang bertambah. Kereta ditarik. Kredit kad habis limit. Income insuran semakin kecil.
Rumah yg diduduki pernah 5 kali dilelong.. Nasib baik tiada pembida pd masa tu.

Susah sangat pada ketika itu. Terpaksa menyara 4 orang anak di pusat pengajian tinggi dan di sekolah.

Dalam pada itu, macam2 kerja dibuat jadi penjual kereta, broker tanah, ejen pinjaman koperasi dan bank. Jadi runner di puspakom, ejen general insurance, kerja buruh tukang rumah dan macam2 lagi kerja yang dibuat untuk meneruskan kehidupan.

Akhirnya pada tahun 2006, beliau mengambil keputusan untuk menyertai kem kejurulatihan PLKN sehingga tahun 2010. Beliau berhenti menjadi jurulatih PLKN apabila ada kawannya yang menjanjikan jawatan sebagai pengurus syarikat.

Tapi malang ditipu lagi sebab jawatan dan syarikat tu tidak wujud!

Pernah jadi penjual buku dan jaga booth di supermarket (Giant Senawang) tapi bila hujung bulan gaji takda, Penyelia pulak yang lari. Ditipu lagi.

Pernah ditimpa kemalangan dengan family pada tahun 2014 dilanggar belakang oleh kereta lain di PLUS highway berdekatan Yong Peng. Masa tu kerja jadi broker kereta. Keadaan semakin teruk. Setiap bulan hantar isteri ke 4 buah hospital. Kos memang banyak dengan kerja tak tentu arah.

Dalam pada itu, beliau dapat offer dari peguam untuk jadi ejen claim accident. Berubah kejap hidup. Tapi pada tahun 2017 ditipu komisen pula oleh partner.

Akhirnya, beliau berhenti jadi ejen peguam. Kehidupan semakin sukar.

Alhamdulillah, pada bulan Februari, 2017 beliau menghadiri BOP utk ejen hartanah baru.  Tapi sebelum itu, beliau telah menghantar resume kepada banyak syarikat hartanah tetapi tidak dilayan. Tiada satu pun ejensi yang panggil beliau untuk ditemuduga.

Akhirnya, ejensi Hartanah Transasia Property Cawangan Senawang telah memanggil beliau untuk menyertai ejensi hartanah tersebut sehingga lah sekarang.

Walaupun baru masuk tahun ketiga dalam bidang hartanah, macam2 pencapaian yang beliau telah kecapi. Kehidupan semakin berubah, beliau mula membeli rumah dan tanah sebagai aset, setiap bulan menerima award daripada ejensi, hutang piutang mula berkurangan, rumah pun dah nak abis bayar dalam tahun ini dan mula dipanggil sebagai speaker oleh banyak ejensi Hartanah.

“JATUH BANGUN DALAM BISNES… JATUH TU BIASA… BANGUN TU YANG LUAR BIASA!”

Sepanjang kejatuhan beliau, banyak pengajaran yang beliau dapat. Yang paling setia adalah isteriny,a Pn Noorhayati dan anak2nya, Helmi, Liyana, Iqmal dan Ilham. Dua orang anak beliau juga kini adalah perunding hartanah di Ejensi Transasia iaitu Helmi Jamrus dan Iqmal Jamrus.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pahit maung, suka duka kisah Cikgu Jamrus, JANGAN KETINGGALAN untuk memiliki BUKU ini!

apa kata mereka tentang buku ini...

Ilmu yang dikongsikan di dalam buku ini sangat mudah difahami dan membuka minda saya betapa mudahnya berurusan sebagai seorang ejen hartanah

Akmal
REN, True Vest Properties

maryam

Teknik "Power Closing" yang diamalkan oleh Cikgu Jamrus dan dikongsikan oleh beliau di dalam buku ini bakal membantu anda untuk menjadi REN yang berjaya.

Maryam
REN, Nilai Properties

Selepas membaca buku ini, saya telah cuba mengamalkan tips2 yang telah diberikan dan bersyukur kerana ia telah mengubah persespsi saya sebagai seorang ejen hartanah.

Ismail
REN, Ziyad Properties

VISI DAN MISI
CG JAMRUS PROPERTY

MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PERUNDING HARTANAH
YG BERJAYA DAN BERKUALITI.
"JIKA ADA ILMU, JANGAN KEDEKUT UNTUK KONGSIKAN SEBAB ILMU ITU BUKAN HAK MILIK KITA. LAGI BANYAK KAU MEMBERI...
LAGI BANYAK KAU AKAN MENERIMA...
SETIAP ORANG ADA HAK UNTUK BERJAYA".

DAPATKAN BUKU INI SEKARANG!!

Stok adalah TERHAD!!

"MOTIVASI & TIPS HARTANAH
CIKGU JAMRUS"

RM 57.00
  • TERMASUK POS

"MOTIVASI & TIPS HARTANAH
CIKGU JAMRUS"

RM 57.00
  • TERMASUK POS