Hartanah di Malaysia sedang rancak berjalan walaupun pasca COVID-19 memberikan impak kepada ekonomi negara khususnya di dalam bidang hartanah. Pemilikan hartanah samada secara individu atau syarikat dapat menyediakan aset bermanfaat untuk jangka masa panjang. Pemilikan hartanah ini boleh di dapati dalam bentuk rumah kediaman, premis komersial dan juga aset tanah. PENJANA, salah satu inisiatif kerajaan telah merancakkan aktiviti hartanah semasa Pasca COVID-19 seperti
i. Memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk harta tanah kediaman dari RM300,000 hingga RM2.5 juta, berkuat kuasa dari 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021;
ii. Pengecualian cukai keuntungan harta tanah (RPGT) berkuat kuasa dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021
iii. Penghapusan nisbah pinjaman-ke-nilai (LTV) untuk pinjaman perumahan ketiga dan seterusnya untuk hartanah berharga minimum RM600,000 dalam tempoh HOC.
Hartanah di Malaysia juga dijangka berkembang baik seiring dengan Dasar Perumahan Negara 2018-2025. Antara listing kumpulan hartanah yang boleh dimiliki ialah: